Bersabarlah jika belum dijemput menjadi tetamu Allah 

0
2

SETIAP umat Islam tidak wajar mempersoalkan kenapa dirinya belum dijemput menjadi tetamu Allah meskipun sudah cukup syarat dan berkemampuan melaksanakan Rukun Islam kelima itu. 

Sebaliknya, Prof. Madya Dr. Yasmin Hanani Mohd Safian dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM berkata, mereka mesti bersabar kerana ianya disifatkan diri masih belum ‘istitha’ah’ atau kemampuan. 

“Maka bersabarlah kita selama mana tidak dipanggil, maka itu juga dikira belum berkemampuan. 

“Tak perlu bertanya kenapa si polan dapat si peah dapat, sabarlah menanti,” katanya di Facebook miliknya. 

Prof. Madya Dr. Yasmin Hanani Mohd Safian

Dalam perkongsian itu, Dr Yasmin Hanani menjelaskan, “istitha’ah” atau kemampuan telah menjadi salah satu syarat wajib haji. 

“Barang siapa tak mampu, maka tidak diwajibkan haji. Kemampuan ini sangat luas; cukup kewangan, cukup kesihatan, cukup syarat yang ditetapkan pihak berkuasa sana dan sini, yang ditinggalkan tidak merana dan lain-lain lagi,” katanya. 

Dr Yasmin Hanani berkata, berdosa kepada umat Islam yang memenuhi syarat, berkemampuan dan telah dipanggil untuk menjadi duyufurrahman namun menolaknya dengan alasan tidak munasabah. 

“Manakala mereka yang diwajibkan pergi, cukup semua syarat dan sudah dipanggil tapi sengaja tidak pergi dengan alasan tidak munasabah maka berdosalah dia,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Yasmin Hanani mengingatkan umat Islam bahawa menunaikan Rukun Islam kelima ini bukan kelayakan untuk menjadi riak dan ujub kepada orang lain yang belum berjaya memenuhi kewajipan tersebut. 

“Pergi haji bukan untuk glamor bukan untuk berbangga aku dah haji atau belum… 

“Pergi haji adalah untuk melupakan dunia. Jika balik haji akhlak masih tidak berubah, bersikap nifaq dan berkata keji dan lain-lain maka anda tiada beza,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here