TRAFIK dilaporkan perlahan sebelum Plaza Tol Gombak menghala ke pantai timur berikutan pertambahan kenderaan.
Perkembangan itu dimaklumkan pengendali Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menerusi hantaran di Facebooknya kira-kira jam 11.30 pagi tadi sambil meminta pengguna jalan raya agar berhati-hati memandu.
“Trafik lancar di sepanjang lebuh raya di kedua-dua hala,” tulis hantaran itu.
Baru-baru ini, Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi, berkata sejumlah 1,648,000 kenderaan dijangka menggunakan menggunakan Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dan 704,000 di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) sempena perayaan Adiladha tahun ini.
Keadaan itu katanya, juga disebabkan orang ramai mengambil peluang bersama keluarga memandangkan cuti hujung minggu yang panjang dari 8 hingga 11 Julai nanti.
Katanya, berdasarkan trend hujung minggu yang stabil sejak awal tahun, purata harian hujung minggu bagi lebuh raya KLK adalah sebanyak 161,000 manakala kenderaan di LPT1 pula direkodkan sebanyak 65,000. – Malaysiapost

