Kanser mengubah dunia saya – Brendan Gan

0
1

SETAHUN selepas disahkan menghidap kanser testis, pemain bola sepak negara Brendan Gan, mengakui ia bukanlah suatu yang mudah untuk diharunginya.

Beliau yang sebelum ini menyarung jersi pasukan Selangor FC sebagai kapten, berkata ia mengubah dunianya namun bertekad untuk melawannya.

“Setahun hari ini (semalam) sejak diagnosis (kanser) yang mengubah dunia saya!

“Kanser testis dan kanser secara umum adalah perkataan yang sukar untuk dikatakan!

“Tetapi jangan pernah takut dengan apa-apa terutamanya apabila kita semua mempunyai keupayaan untuk melawan sebarang cabaran apabila kita meletakkan fikiran kita untuknya,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Pernah menjadi tonggak tengah kepada skuad Harimau Malaya, pemain berdarah kacukan Malaysia-Australia itu, menyeru orang ramai agar mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Dalam satu ciapan terdahulu, Brendan berkata beliau melalui tempoh yang sangat sukar bagi dirinya dan keluarga.

“Kanser bukan jenaka! Terasa hancur secara fizikal tetapi sentiasa mendapat kekuatan jauh di lubuk jiwa.

“Bukan seperti yang saya mahukan..tetapi sentiasa mengambil positif dalam kejayaan kecil. Gembira berada di tempat saya, tetapi tidak pernah puas,” katanya.

Sepanjang kariernya, selain disahkan menghidap kanser, Brendan sebelum ini berjaya bangkit daripada dua kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang dialaminya.

Kali pertama pemain yang bergelar pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 itu mengalami kecederaan ACL adalah pada tahun 2015 ketika beliau menyarung jersi Kelantan.

Brendan bangkit kembali ke Kelantan pada Januari 2016 namun kecederaan sama berulang ketika beraksi untuk pasukan kebangsaan menentang Indonesia pada tahun sama.

Dia bagaimanapun tidak mengalah dan berjaya pulih untuk menyertai pasukan Perak pada 2018 sehingga berjaya membantu pasukan itu menjulang Piala Malaysia 2018. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here