Shahrir Samad pelik masih dijemput FELDA

0
1

MESKIPUN telah disaman FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad masih dijemput agensi kerajaan itu menghadiri Hari Peneroka FELDA 2022.

Berkongsi situasi janggal, Shahrir menzahir perasaan pelik terhadap pengurusan FELDA yang sebelum ini mendakwa beliau bertanggungjawab membuat kerugian berbilion ringgit terhadap agensi itu.

“Pelik betul Pengurusan FELDA ni. Kalau sudah saman saya di atas tuduhan berkonspirasi dengan pegawai FELDA sehingga bakal membawa kerugian berbilion ringgit kepada FELDA, apahalnya dijemput pula saya ke Hari Peneroka FELDA 2022.

“Lainlah kalau ada pihak peneroka yang ajak saya untuk bersama meraikan peristiwa-peristiwa penting.

Boleh juga saya datang kerana bukan peneroka yang saman saya,” kata bekas Pengerusi FELDA itu menerusi hantaran di Facebooknya.

Bagaimanapun, veteran Umno itu tidak menyatakan sama ada beliau akan memenuhi jemputan FELDA itu atau sebaliknya.

Pada 15 November 2019, FELDA bersama anak syarikatnya memfailkan saman terhadap dua bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Shahrir, syarikat pemaju hartanah Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) serta 18 yang lain untuk mendapatkan perintah bagi membatalkan dengan serta-merta semua instrumen pindah milik tanah di Jalan Semarak.

FELDA dan FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) selaku plaintif memfailkan saman itu melalui e-filing Mahkamah Tinggi Sivil, menerusi firma guaman Lee Hishammuddin Allen & Gledhill dengan menamakan 21 mereka sebagai defendan.

Dalam saman itu, FELDA dan FIC menuntut ganti rugi dan pampasan terhadap kesemua defendan untuk pelanggaran kewajipan fidusiari yang ditanggung terhadap Felda iaitu ganti rugi berjumlah RM1.062 bilion bagi nilai komersial tanah Semarak yang boleh diterima secara langsung daripada jualan tanah berkenaan.

Turut dimohon, antaranya pampasan dalam ekuiti untuk kerugian peluang komersial berjumlah RM562 juta sekiranya Felda menerima “MGR” berjumlah RM500 juta daripada Perjanjian Pembangunan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here