Puteri Sarah buat aduan pada JAWI, JAIS

0
1

KONTROVERSI melanda rumah tangga Puteri Sarah Liyana dengan pengarah filem, Syamsul Yusof semakin hangat selepas pelakon itu hadir ke Bahagian Penguatkusaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), hari ini.

Menurut Sarah, kehadirannya ke Jawi bagi membuat dua tuntutan terhadap Ira Kazar, wanita yang dikatakan ‘orang ketiga’ mengganggu rumah tangganya.

Hal tersebut dimaklumkan Sarah menerusi video siaran langsung (live) bersama pelakon Nad Zainal di laman Instagram.

“Sekarang saya baru balik dari Jawi. Saya nak saman bukan sebab saya nak rampas balik hak saya. Itu empat tahun dulu. Sekarang ni saya buat untuk tuntut hak saya dan anak-anak.

“Saya buat dua tuntutan – mengganggu ketenteraman saya itu sebagai kes sivil. Yang saya lapor pada JAWI dan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) adalah sebagai gangguan rumah tangga, itu jenayah.

“Saya harap semua orang doakan benda ini jatuh sebagai jenayah,” katanya dalam video itu.

Dalam video itu juga, Sarah memberitahu dia juga bingung kerana dalam kes tersebut ‘orang ketiga’ yang lebih mengacau seperti dirinya orang luar.

“Sepatutnya saya pergi hentam dia, ganyang dia. Tapi dia yang hentam saya macam saya ambil suami dia. Ni dah terbalik.

“Saya ada kawan yang bergelar isteri kedua. Saya tengok kawan saya tu hormat yang pertama. Tapi dia kena ganyang dengan bini pertama serta kena santau. Itu sepatutnya berlaku,” katanya.

Sarah menjelaskan tindakan yang diambil adalah kerana sudah tidak mampu bertahan wanita itu sering mengganggu dirinya dan keluarga.

Katanya, dia pernah ingin mengambil tindakan ketika mula-mula diganggu oleh wanita itu namun melupakan hasratnya itu apabila memikirkan aib suami.

“Sebab tu saya bertahan selama empat tahun. Selagi boleh bertahan saya bertahan. Tapi lama-lama dia menjadi kacau pada mental. Jadi dari situ saya rasa sudah cukup. Kalau mulut saya jahat, dah lama saya cerita,” katanya.

Terdahulu, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah memaklumkan, wanita yang didakwa kekasih Syamsul diarah memasukkan pernyataan pembelaan terhadap tuntutan saman dikemukakan Puteri Sarah dalam tempoh sebulan bermula 4 Julai lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here