Gangguan seksual: Pegawai EXCO Negeri Sembilan sahkan disiasat polis

0
1

PEGAWAI penyelidik kepada seorang EXCO Kerajaan Negeri Sembilan, Ahmad Shukri Kamarudin mengesahkan beliau dipanggil memberi keterangan kepada polis berhubung dakwaan gangguan seksual.

Beliau yang juga pegawai kepada Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan berkata, keterangan itu diberikan semalam bagi melengkapkan siasatan polis.

“Saya mengesahkan sudah dipanggil memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan polis dan bekerjasama penuh supaya proses siasatan dapat dibuat secara telus.

“Saya juga menganggap dakwaan yang dilemparkan itu bersifat dendam dan bermotifkan politik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu , Ahmad Shukri berkata, pihaknya bersama peguam sedang mempertimbangkan tindakan lanjut mengikut lunas undang-undang bagi membersihkan namanya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian cabul yang dikatakan membabitkan seorang pegawai kepada ahli EXCO Kerajaan Negeri Sembilan di sebuah hotel di negeri itu.

Beliau berkata, suspek yang juga lelaki berusia 30-an itu dikatakan melakukan perbuatan terbabit pada 30 Mac dan 26 April lalu.

“Polis menerima laporan daripada mangsa pada Ahad lalu dan siasatan dijalankan dari pelbagai sudut termasuk.

“Ia termasuk menggunakan khidmat forensik, mengambil keterangan daripada saksi yang boleh membantu siasatan dan seterusnya mengesan suspek,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here