Aidiladha: KKM saran buat penilaian risiko kendiri, elak jangkitan Covid-19

0
1
Kelihatan orang ramai membeli tiket ketika tinjauan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hari ini. Semalam, penjualan tiket meningkat 30 peratus susulan kebenaran merentas negeri bagi individu lengkap vaksin Covid-19 bermula Isnin lepas.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat peningkatan kes Covid-19 termasuk kategori 3, 4 dan 5 serta sub-varian Omicron B.5 yang turut dikesan di Malaysia.

Susulan itu, sempena Aidiladha Ahad ini, KKM menasihati orang ramai agar tidak lupa membuat penilaian risiko kendiri, selain membuat pilihan serta mengambil tindakan yang memastikan diri dan mereka di sekeliling selamat.

“Pertama, patuhi #TRIIS iaitu ujian, lapor, mengasingkan, memaklumkan dan mencari.

“Kedua lakukan ujian Covid-19 sekiranya bergejala dan ketiga Isolasi diri sekiranya anda positif Covid-19,” menurut KKM.

Selain itu, KKM turut berkongsikan infografik bagi memudahkan orang ramai melihat dan mengingati langkah-langkah penjagaan menghindari diri daripada wabak itu.

  • Perjumpaan di luar adalah digalakkan
  • Pastikan pengudaraan yang baik sekiranya berkumpul di dalam rumah
  • Pastikan berkumpul dalam kelompok yang kecil sahaja
  • Disarankan menjaga jarak fizikal yang selamat
  • Pakai pelitup muka dengan betul bila berada dalam keadaan yang berisiko
  • Dapatkan vaksin Covid-19 dan galakkan juga orang tersayang mendapatkan vaksin Covid-19 dan dos penggalak sekiranya layak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here