Pemilik warung roti canai sedia juadah untuk mangsa banjir Baling

0
1

SUSULAN insiden kepala air yang menjejaskan lebih 600 penduduk sekitar Kupang di Baling semalam, pemilik warung Milan Roti Canai Sarang Burung hari ini bermurah hati menyediakan juadah makanan kepada mangsa yang terkesan.

Ia dikongsi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerusi Facebooknya, yang turut memuji dan menghargai keprihatinan pemilik dikenali sebagai Roslan Ahmad.

“Rezeki sama dikongsi.. hari ini Roslan Ahmad, pemilik warung Milan Roti Canai Sarang Burung menjamu mangsa banjir di Baling dengan juadah yang dimasak sendiri oleh beliau.

“Pakcik Roslan ni memang dikenali dengan seorang yang pemurah,” tulisnya.

Susulan kemurahan hati dan kebaikan ditunjukkan Roslan, Muhammad Sanusi membalasnya dengan mempromosikan warung dan Facebook pengusaha makanan terbabit.

“Warung beliau terletak bersebelahan Pasar Besar Baling ja. Boleh pakat singgah nanti.https://www.facebook.com/milanroticanaisarangburong/,” katanya.

Semalam, hujan lebat berterusan menyebabkan banjir kilat melanda beberapa kawasan di daerah itu dengan sekurang-kurang 20 rumah penduduk mengalami kerosakan.

Muhammad Sanusi memaklumkan keseluruhan 12 kampung di Baling, terjejas akibat bencana yang berpunca daripada fenomena kepala air dengan sembilan rumah dilaporkan musnah.

Seramai 627 mangsa terjejas selain tiga mangsa dilaporkan terkorban. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here