Pas komited usahakan agenda penyatuan ummah – Takiyuddin

0
2

PAS akan terus komited untuk mengusahakan agenda penyatuan ummah di kalangan umat Melayu Islam di negara ini serta mengukuhkan perpaduan nasional di antara semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata parti itu menjunjung tinggi titah nasihat dan pandangan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya gejala perpecahan di kalangan orang Melayu di negara ini dihentikan segera.

“Pas juga akur sebagaimana dititahkan Baginda bahawa agama Islam sentiasa menggalakkan manusia bersatu padu dan tidak berpecah belah selaras dengan perintah yang terkandung dalam al-Quran,” katanya dalam satu kenyataan.

Sultan Selangor dalam titahnya semalam, memandang serius terhadap gejala perpecahan di kalangan orang Melayu terutama pemimpin politik Melayu yang begitu ketara sekarang ini.

Baginda bertitah, perbalahan orang Melayu dan pemimpin politik Melayu itu dilihat boleh mengancam perpaduan, keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum serta kestabilan politik negara.

Takiyuddin berkata, Pas juga akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pimpinan dan ahlinya yang bertindak membelakangkan aspek perpaduan dan mendorong berlakunya perpecahan di kalangan masyarakat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here