Menu Keluarga Malaysia tawar harga RM3.50 satu hidangan – PM

0
1

KERAJAAN memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia di restoran, koperasi, kafetaria serta premis penjualan makanan institusi pengajian tinggi (IPT) bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup kalangan penuntut universiti.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata melalui inisiatif itu, kerajaan akan menawarkan menu makanan berkualiti pada harga siling sebanyak RM3.50 untuk satu hidangan menerusi ‘Bakul Makanan Siswa Keluarga Malaysia’.

Ismail Sabri turut memaklumkan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga telah memutuskan moratorium bayaran sewa selama enam bulan kepada pengusaha makanan di dalam kampus IPT.

“Ia supaya pengusaha makanan mampu menurunkan harga makanan yang dijual kepada pelajar.

“Justeru, pihak kerajaan akan berbincang dengan ANGKASA dan Persatuan Pengusaha Restoran untuk membincangkan perincian tentang menu dan harga,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, kerajaan akan memperkenalkan ‘Menu Keluarga Malaysia’ di restoran koperasi, kafeteria serta premis jualan makanan di IPT sebagai alternatif bagi golongan sasar mendapatkan hidangan pada harga berpatutan.

Menu Keluarga Malaysia itu membabitkan hidangan pagi, tengah hari dan malam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here