Mangsa tembakan di Christchurch terima undangan tunai haji

0
1

MANGSA tembakan penganas di Masjid An-Noor di Christchurch, New Zealand tiga tahun lalu, Rahimi Ahmad serta isteri, Dr Nor Azila Abd Wahid menerima undangan khas daripada kementerian haji Saudi untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Perkara itu dikongsikan Ikhlas Tours menerusi Facebook hari ini, yang turut mendoakan pasangan itu dipermudahkan segala urusan dan mendapat haji mabrur.

“Selamat berangkat ke Mekah kepada Rahimi dan Azila yang menerima undangan khas dari Kementerian Haji Saudi,” kongsi Ikhlas Tours.

Dalam kejadian pada 15 Mac 2019, Rahimi, 42, berasal dari Pulau Pinang, antara tiga warga Malaysia cedera ditembak pengganas.

Tragedi itu menyebabkan kaki kanan beliau lumpuh manakala kaki kirinya sering sakit-sakit akibat serpihan peluru, yang menjejaskan saraf tunjang, buah pinggang dan pundi kencing.

Bekas pekerja kilang penggredan susu itu terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda dan tidak mampu berdiri terlalu lama

Untuk rekod, serangan itu menyebabkan mengorbankan 51 nyawa terkorban manakala lebih 40 cedera. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here