POLIS mengesahkan suspek bunuh isteri dan bayi lelaki yang ditahan semalam, bebas daripada penyalahgunaan dadah.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata ia berdasarkan ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap suspek sejurus penahanannya.
“Suspek disahkan negatif dadah dan motif kejadian masih lagi dalam siasatan,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Mengenai dakwaan suspek mungkin kemurungan yang mendorong tindakan itu, Raub tidak mengulas lanjut.
“Nanti saya ‘update’ (maklumkan perkembangan),” katanya.
Semalam, Polis menahan suspek berusia 25 tahun di kawasan Permas Jaya pada 2.45 petang semalam selepas disyaki membunuh dengan mengelar isteri dan anak lelakinya di Kampung Bakar Batu.
Sejurus kejadian, suspek dikatakan melarikan diri dalam keadaan bogel dengan menunggang motosikal, hingga video dan gambarnya tersebar di media sosial. – Malaysiapost
Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik

