Banjir Baling: Usah ulangi kesilapan lalu – Anwar

0
2

PEMBANGKANG mahu kerajaan mengambil tindakan pantas bagi membantu semua mangsa yang terlibat dalam tragedi banjir di Baling semalam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengingatkan pihak berwajib agar tidak mengulangi kesilapan lalu apabila lambat bertindak serta menyampaikan bantuan.

“Banjir kilat kini melanda daerah Baling di Kedah. 

“Saya gesa tindakan pantas diambil bagi membantu mereka yang terkesan. Usah ulangi episod lalu di mana kerajaan gagal berfungsi dan lambat menyampaikan bantuan,” katanya hari ini.

Banjir lumpur yang melanda Kampung Iboi, Baling semalam mengakibatkan banyak rumah dihanyutkan dan lebih malang terdapat mangsa dilaporkan hilang.

Setakat ini, tiga sekeluarga dilaporkan dihanyutkan arus dengan dua daripadanya iaitu wanita hamil serta ibu mentuanya telah ditemui, manakala seorang remaja masih hilang.

Banjir tersebut turut mengakibatkan ratusan penduduk dipindahkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here