Bukan hanya Umno mahu Parlimen bubar – Zahid

0
1

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tuntutan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) segera bukan hanya desakan parti itu semata-mata.

Beliau berkata, ia dibuktikan dengan kenyataan terbaharu bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Ab Rahman yang turut senada bahawa PRU15 perlu diadakan sekarang.

Menurut Ahmad Zahid, Abdul Rashid yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) turut menegaskan mandat sah demokrasi perlu dikembalikan.

“Tan Sri Rashid juga bekas Naib Presiden Bersatu dan kini masih jadi ahli Bersatu bersikap jujur menyatakan sikap dan pendiriannya berdasarkan pengalamannya sekitar 30 tahun berada dalam SPR,” katanya.

Semalam, media melaporkan, Ab Rashid menegaskan PRU15 perlu dilaksanakan segera bagi menggantikan kerajaan yang tidak mempunyai mandat untuk memerintah.

Katanya, kerajaan hari ini yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dibentuk melalui muslihat politik dalam keadaan tidak stabil serta tidak demokratik walaupun sah di sisi Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya, Kerajaan hari ini adalah tidak stabil kerana terdapat pelbagai watak dan parti dan ia tidak baik untuk negara.

Keadaan itu, menurut Ab Rashid, akan menyebankan ekonomi negara semakin buruk dan pelabur pula lari. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here