Tekanlah ‘butang’ cepat-cepat – Ahmad Shabery

0
1
PUTRAJAYA 26 APRIL 2018. Menteri Pertanian dan Sumber Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di sidang media selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Pentadbiran Am Pengawasan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin China, Chen Gang di Kementerian Pertanian dan Sumber Asas Tani, Putrajaya. NSTP/ABD RAHIM RAHMAT

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mencabar supaya kepimpinan DAP ‘menekan butang’ bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan, daripada berterusan mengecam kerajaan.

Beliau mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Berus Datuk Ngeh Koo Ham yang mendakwa negara diuruskan dengan teruk hingga menyebabkan gagal menangani kenaikan harga barang ketika ini.

Ahmad Shabery mendakwa, pemimpin DAP itu memberi perbandingan secara tidak adil antara Malaysia dengan negara jiran Singapura.

“Tak beritahu pula fasal GST (cukai barang dan perkhidmatan) di sana, atau Ron 95 mereka lebih RM10 per liter?

“Kalau dah disini dikatakan ‘badly managed country’, tekanlah butang cepat-cepat. Bentangkan lagi manifesto anda,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu Koo Ham yang juga penasihat DAP Perak dalam satu ciapan di Twitter, memberikan perbandingan bantuan yang disalurkan bagi menangani kenaikan harga barang oleh kerajaan Malaysia dan Singapura.

“Malaysia mempunyai populasi 32 juta penduduk, Singapura 5.8 juta penduduk. Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) hanya menyalurkan RM0.63 bilion untuk tangani kenaikan harga barang.

“Kerajaan Singapura pula membelanjakan RM4.7 bilion. Lihatlah perbezaan antara negara yang diuruskan secara teruk dan negara yang diurus dengan baik,” kata Koo Ham. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here