MPN teruskan peranan badan penasihat kerajaan dalam isu rakyat – Muhyiddin

0
1
soya cincau

TAN Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Majlis Pemulihan Negara (MPN) akan terus berperanan sebagai badan penasihat kepada kerajaan terutama ketika negara berdepan isu membabitkan kesejahteraan dan keselesaan rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi MPN, berkata pihaknya akan sentiasa memberi pandangan dan buah fikiran, namun ia terserah kepada kerajaan sama ada untuk menerima cadangan itu atau sebaliknya.

Katanya, MPN ada berbincang bersama tokoh dan pakar ekonomi berkenaan isu inflasi dan kenaikan harga makanan global serta jaminan keselamatan makanan untuk jangka masa pendek dan panjang, baru-baru ini.

“Susulan itu, MPN mencadangkan kepada kerajaan agar mempunyai strategi jangka pendek untuk mengeluarkan hasil bahan asas seperti makanan, ternakan dan lain-lain dengan menggunakan cara yang tersusun.

“Begitu juga dengan jangka panjang, semua perlu bersedia, kita sudah memberi idea,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keluhan rakyat berhubung isu kenaikan harga barangan sejak kebelakangan ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin menyambut baik bantuan tunai tambahan di bawah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) iaitu RM100 untuk isi rumah dan RM50 bagi golongan bujang yang diumumkan kerajaan pada Rabu lalu.

Sementara itu, mengulas mengenai jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, Muhyiddin berkata perkara itu diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membuat keputusan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here