Budak 3 tahun maut jatuh kondominium 

0
1

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut akibat terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium kondominium di Jalan Dutamas Raya, Taman Segambut SPPK Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata laporan berkenaan kejadian itu diterima polis pada jam 3.30 petang tadi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh sepasukan anggota paramedik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Eng Lai, siasatan mendapati ibu kanak-kanak itu adalah seorang wanita tempatan berusia 32 tahun.

“Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai punca kejadian,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here