AHLI Parlimen Jelutong, RSN Rayer terlibat kemalangan jalan raya di Batang Kali ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, hari ini.
Perkara itu disahkan pegawai Rayer dan memaklumkan beliau telah dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.
Bagaimanapun, setakat ini tiada perkembangan terkini mengenai tahap kecederaan yang dialami wakil rakyat DAP itu, lapor Sinar Harian.
Difahamkan, Rayer sepatutnya menjadi panelis Wacana Sinar anjuran akhbar Sinar Harian, malam ini. – Malaysiapost

