Tunku Ismail dilantik Pemangku Raja mulai hari ini

0
1
https://www.facebook.com/photo/?fbid=566168034865587&set=pcb.566169071532150

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan melantik anakanda sulung baginda, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja, bermula hari ini.

Baginda mengumumkan perkara itu ketika bertitah merasmikan mesyuarat kedua (pembukaan rasmi) bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

“Saya melantik Tunku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja, saya ingin berehat sekejap, terima kasih, mulai hari ini,” titahnya seperti dilapor Bernama.

Bagaimanapun, baginda tidak menyebut tempoh jawatan itu akan dipegang oleh Tunku Ismail.

Kali terakhir Tunku Ismail dilaporkan memegang jawatan itu apabila baginda dilantik pada 10 Ogos 2019.

Pada 9 Jun lalu, menerusi Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail yang merupakan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan berundur dan menyerahkan urusan harian kelab itu kepada pengurusan tertingginya. – Malaysiapost

Kredit Foto: HRH Crown Prince Of Johor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here