Pemandu MPV maut terbabas, hempap bumbung rumah

0
1

SEORANG lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan menghempap bumbung sebuah rumah dalam nahas tiga kenderaan di Batu 29, Jalan Kuching-Serian, Sarawak, pagi ini.

Dalam kemalangan pada jam 6.55 pagi itu, mangsa berusia 50-an yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova meninggal dunia di lokasi kejadian.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Serian, Bilong Usat berkata selain MPV Toyota Innova, kemalangan itu juga membabitkan Perodua Kancil dan motosikal.

Katanya, mangsa terdiri daripada empat orang dengan tiga daripadanya cedera ringan.

“Pemandu Toyota Innova yang masih berada di tempat duduk pemandu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan.

“Anggota pasukan BBP Serian kemudian membantu mengangkat dan mengalihkan mangsa dari dalam kenderaan seterusnya menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya memetik Berita Harian.

Bilong berkata, mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Serian sebelum dihantar ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here