Rakyat India hilang 7 tahun rupanya kahwin wanita tempatan di Sibu

0
1

SEORANG lelaki warga India yang dikategorikan sebagai orang hilang oleh kedutaan negara itu di Kuala Lumpur sejak tujuh tahun ditemui selamat di Sibu, Sarawak.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, lelaki terbabit iaitu Sushil Singh, 27, dikesan pada Ahad lalu.

Katanya, polis telah dihubungi oleh seorang pemberi maklumat yang memaklumkan lokasi lelaki itu tinggal.

“Hasil siasatan mendapati dia sebenarnya telah berkahwin dengan seorang wanita tempatan dan bekerja sebagai buruh,” katanya dalam satu kenyataan.

Zulkipli berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Sibujaya yang menjalankan siasatan mendapati lelaki itu merupakan individu yang dilaporkan hilang sebelum ini.

“Sehubungan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu juga telah memaklumkan kepada Kedutaan India berhubung perkembangan berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, polis mendapat petunjuk kedudukan terakhir lelaki itu iaitu di Lapangan Terbang Sibu, pada 3 Jun 2015.

Berikutan itu, polis telah melakukan pelbagai usaha untuk mengesan Sushil. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here