‘Tak usah bimbang, PRU akan diadakan pada penggal kelima Parlimen’ – Annuar 

0
1

KETUA Bahagian Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan apabila tiba penggal kelima bagi Parlimen ke-14.

Justeru, beliau meminta semua pihak agar tidak terlalu bimbang kerana apabila tiba masanya PRU akan terus diadakan.

“Bila sampai masa Pilihan Raya tetap akan diadakan.. apapun sekarang dah masuk penggal kelima, (iaitu) bulan depan dah masuk penggal kelima Parlimen 14.

“Memang penggal kelima Parlimen 14 adalah penggal tempoh untuk diadakan PRU tak payah dok bimbang,” katanya ketika ucapan sempena anugerah perkhidmatan cemerlang 2021, hari ini.

Bagaimanapun, Annuar berkata, sekiranya PRU akan diadakan dalam masa terdekat, ia tidak bermakna kerja dan tanggungjawab sebagai Menteri dan  perkhidmatan awam boleh diabaikan.

Katanya, tanggungjawab perlu diteruskan sehingga PRU diadakan khususnya bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“PRU tetap akan diadakan dalam penggal kelima ini tetapi bukan kerana tahun ini merupakan tahun atau penggal PRU maka segala-gala kerja dilonggarkan.

“Jadi, setiap saat, hari, masa, minggu, bulan yang ada kita perlu fokus dengan apa yang ada untuk memastikan ‘delivery’ sistem kerajaan terutamanya di saat rakyat menghadapi pelbagai cabaran pasca Covid-19.   

“Namun, saya tahu dari sudut membuat dasar, pengendalian politik sampailah pentadbiran ini bukanlah masa terbaik dan paling mudah  untuk menguruskan sesebuah kerajaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here