Saksi pendakwaan kes Ahmad Zahid tak hadir ke mahkamah

0
1

MAHKAMAH Tinggi Shah Alam hari ini melapangkan perbicaraan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berikutan saksi ke-17 bagi pihak pendakwaan tidak dapat menghadirkan diri kerana sakit.

Bekas Pengurus Pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), David Tan dikatakan mengalami gout dan memerlukan masa untuk pulih sebelum membolehkannya hadir ke mahkamah sebagai saksi.

David Tan adalah watak penting berikutan namanya banyak dirujuk di dalam buku “faraid” UKSB sebagai pihak yang mempunyai kuasa ke atas akaun syarikat berkenaan seiring nama Wan Quoris Wan Abd Ghani dan Lee Vui Khun.

Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SGD13.56 juta (RM42 juta) daripada UKSB untuk dirinya selaku menteri dalam negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali pusat sehenti (OSC) di China dan sistem Visa Luar Negara (VLN), serta mengekalkan kontrak perjanjian membekalkan sistem bersepadu kepada syarikat sama oleh kementerian berkenaan.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Zahid dituduh sebagai menteri dalam negeri menerima untuk dirinya SGD1,150,000, RM3 juta, €15,000 dan USD15,000 dalam bentuk wang tunai daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan dengan kerja rasminya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa melakukan semua kesalahan di Seri Satria di Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights, Kajang, antara Okt 2004 dan Mac 2018.

Perbicaraan bersambung Khamis ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here