Ekor Harimau Malaya banjiri Bukit Jalil

0
1

STADIUM Nasional Bukit Jalil bakal bergemuruh dengan sorakan penyokong Harimau Malaya malam ini. 

Lebih dikenali sebagai ‘ekor Harimau Malaya’, peluang untuk menyaksikan di hadapan mata sendiri skuad bolasepak Malaysia kembali mengaum di peringkat Asia tidak dilepaskan oleh peminat bolasepak tanah air begitu sahaja. 

Anak buah Kim Pan Gon bakal berhadapan pasukan ranking ke-89 bolasepak dunia, kemenangan pastinya mencerahkan laluan Harimau Malaya ke pusingan akhir Piala Asia 2023. 

Berdasarkan laman Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hampir 62,000 tiket telah dijual setakat pukul 5.15 petang hari ini. 

“61,864 Tiket telah terjual. Tiket bagi menyaksikan hari perlawanan 2 Kelayakan Piala Asia 2023, Bangladesh lwn Turkmenistan (5.15 petang ini) & Malaysia lwn Bahrain (9.00 malam ini) masih boleh dibeli di www.tickethotline.com.my. Jom ke Bukit Jalil!,” menurut hantaran itu. 

Kali terakhir Malaysia layak secara merit ialah pada tahun 1980 di bawah bimbingan jurulatih Jerman, Karl Heinz Weigang. 

Pada perlawanan sulung Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 yang berlangsung Rabu lalu, Harimau Malaya telah membenam Turkemenistan 3-1 manakala Bahrain menundukkan Bangladesh 2-0. -Malaysiapost

Sumber Foto: Cakap Sukan_Official

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here