Salun rambut viral model pakai baju ‘tak cukup kain’ kena serbu

0
1

SEBUAH salun rambut yang terletak di ibu negara menerima padah diserbu pihak berkuasa setelah didakwa membuat promosi menawarkan ‘urutan istimewa’ kepada pelanggan.

Berdasarkan beberapa hantaran di media sosial, pihak polis telah menyerbu premis berkenaan, AJ Hair Studio yang terletak di Bandar Puteri, Puchong, Selangor selepas gambar wanita berpakaian mencolok mata dikatakan pekerja salon itu, tular sejak semalam.

Dalam hantaran itu, didapati pihak polis juga memeriksa dan menyoal pekerja di bahagian kaunter salun tersebut.

Tampil menjelaskan keadaan sebenar, AJ Hair Studio menerusi kenyataan di laman Facebook memuat naik satu laporan polis mendakwa terdapat individu menyalahgunakan gambar model mereka semasa majlis pembukaan salun itu, baru-baru ini.

“Kedai kami hanya kedai gunting rambut biasa.

“Dilarang mengambil gambar model kami dan sebarkan kepada kumpulan lain. Dan ubah keterangan bahawa kedai kami ada tawarkan perkhidmatan istimewa.

“Model itu hanya untuk majlis pembukaan salun sahaja. Jangan fikir yang tidak sepatutnya,” tulisnya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan promosi yang dilakukan salun rambut itu kerana tidak menjaga sensitiviti agama dan merendahkan martabat kaum wanita.

“Teknik bisnes. Cara promosi berkesan dengan percuma. Pelanggan Melayu, tokey dan pekerja amoi. Mereka dah lama rancang, kita sahaja lalai,” ujar Athar Ali.

“Bagus penguatkuasa buat kerja. Bukan ada sebuah sahaja, banyak lagi ada di Puchong tu. Antara tahu atau tidak sahaja rumah urut,” kata Noraini Ropiae.

“Saya wakil isteri-isteri satu Malaysia amat menyukai berita ini, terima kasih pada yang viralkan semalam. Selamat menjalankan tugas tuan,” kata Pn Farah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here