Dua lelaki tak sempat lampiaskan hajat

0
1

HASRAT dua lelaki yang berhajat mendapat khidmat urut dan layanan seks tidak kesampaian kerana ditahan polis di sebuah premis di Taman Gembira, Kuala Lumpur, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata dalam serbuan jam 8.10 malam itu tiga wanita warga Indonesia turut ditahan.

“Polis juga merampas beberapa barang seperti telefon bimbit, tuala mandi, minyak urut dan wang tunai untuk tindakan lanjut.

“Ketika serbuan, terdapat dua pelanggan lelaki tempatan berada di dalam bilik premis berkenaan. Siasatan mendapati, pelanggan perlu membayar RM140 untuk satu sesi khidmat layanan wanita asing terbabit,” katanya dipetik Sinar Harian.

Habibi berkata, polis mendapati premis tidak berlesen itu dipasang jeriji bagi menyukarkan tindakan pihak berkuasa dan dipercayai beroperasi kira-kira dua bulan lalu.

“Kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke balai polis berhampiran untuk tindakan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 373 Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – Malaysiapost

Foto kredit Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here