JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda empat negeri malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa kawasan di negeri iaitu Perak, Kelantan, Selangor, dan Johor sehingga jam 9 malam.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak dan Muallim) dan Kelantan (Jeli dan Tanah Merah).
“Selain itu, Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Petaling) serta Johor (Kluang dan Mersing) sehingga 9 malam, Isnin 6 Jun 2022.,” menurut kenyataan itu.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

