1,358 positif Covid-19, 2 kematian semalam

0
1
Penduduk-penduduk penghuni Flat Pelangi Damansara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua ujian saringan sesi petang berikutan 23 orang penduduk disahkankan positif Covid-19 pada 21 Oktober yang lalu.

SEBANYAK 1,358 kes baharu positif Covid-19 direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam, semalam.

Berdasarkan perincian di laman COVIDNOW, ianya menunjukkan penurunan berbanding 1,591 kes yang direkodkan pada Sabtu.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam mencecah 4,514,989 kes, termasuk 37,161 kes import.

Daripada jumlah itu, 983 kes positif melibatkan individu yang telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19, penerima dua dos (260 kes); individu tidak divaksinasi (98 kes) dan 17 kes tidak menerima vaksinasi lengkap.

Seramai 1,620 pesakit dilaporkan sembuh semalam, menjadikan kumulatif kes pulih sebanyak 4,457,118 pesakit.

Sementara itu, hanya dua pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Sehingga kini, Malaysia merekodkan 35,688 kes kematian Covid-19, termasuk 7,562 kes BID.

Dua kematian semalam dilaporkan membabitkan masing-masing satu di Sarawak (BID), dan Selangor.

Sehingga semalam, sebanyak 22,183 kes masih aktif, termasuk 21,232 pesakit yang menjalani kuarantin di rumah, 21 ditempatkan di PKRC, 904 dirawat di hospital, dan 26 dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 12 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here