Trafik lebuh raya utama dilaporkan perlahan

0
1

JUMLAH kenderaan tinggi serta keadaan aliran trafik perlahan di Lebuh Raya Utara-Selatan serta Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) berikutan pertambahan jumlah kenderaan sempena cuti persekolahan.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, kenderaan dilaporkan bergerak perlahan di Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara melibatkan beberapa laluan bermula jam 9 pagi tadi.

“Antara laluan yang terkesan adalah dari Plaza Tol Sungai Besi menghala ke Pusat Bandar; Kulai ke Hentian Sebelah Kulai; Sungkai ke Bidor dan Slim River ke Sungkai.

“Aliran trafik semakin sesak menghala apabila berlaku kemalangan di laluan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah ke Tapah melibatkan Kilometer 321 arah utara,” katanya dalam hantaran Facebook.

Sementara itu, aliran trafik di KLK kenderaan dilihat bergerak perlahan dari laluan sebelum masuk Tol Gombak dari Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) arah ke Kuantan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here