PM doakan jemaah peroleh haji mabrur

0
1
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Malaysiapost/Sharifudin Abdul Rahim

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan semua bakal jemaah haji Malaysia dapat melaksanakan ibadat dengan baik, tenang dan pulang dengan haji yang mabrur.

Ismail Sabri berkata, beliau turut meminta bakal jemaah mendoakan negara ini terus berjaya, aman damai dan rakyat kekal sejahtera.

“Sebagai satu Keluarga Malaysia, saya meminta para jemaah haji yang akan menunaikan rukun Islam yang ke lima ini agar dapat mendoakan Malaysia terus berjaya, aman damai dengan kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat yang berkekalan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Lembaga Tabung Haji hari ini.

Ismail Sabri memberi kata-kata semangat dan nasihat itu kepada bakal jemaah haji Malaysia kumpulan pertama tahun ini setelah dua tahun ditangguhkan kerana Covid-19, hari ini.

Terdahulu, seramai 298 jemaah menjadi kumpulan haji pertama Malaysia bagi musim 1443H/2022 berlepas ke Tanah Suci, hari ini.

Selepas dua tahun ibadah haji tertangguh akibat pandemik Covid-19, penerbangan pertama hari ini akan berlepas jam 1.35 tengah hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menggunakan penerbangan Saudi Airlines.

Penerbangan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz, Madinah pada jam 4.55 petang (waktu Arab Saudi). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here