
MALAYSIA merekodkan sebanyak 1,844 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia setakat ini telah mencecah 4,512,040 kes.
Berdasarkan data laman COVIDNOW, sebanyak 2,005 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,453,313 kes.
Dalam masa sama, tiada pertambahan kluster baharu yang direkodkan menjadikan keseluruhan kluster setakat ini adalah 7,014 dan empat kluster masih aktif. – Malaysiapost
