Polis Pulau Pinang tumpaskan kumpulan jenayah terancang

0
2

POLIS Pulau Pinang dengan bantuan Bahagian Siasatan Jenayah Terancang (D14) Bukit Aman berjaya menahan 11 individu yang dipercayai terbabit kegiatan penyeludupan dadah ke negara jiran serta memiliki senjata api dalam Op Cantas Tanjung (lll).

Tangkapan dilakukan bermula jam 12 tengah hari 24 Mei lalu membabitkan kumpulan jenayah yang dipercayai telah bergiat aktif sejak 2021.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata hasil siasatan dan risikan yang dijalankan telah berjaya merampas dua pistol iaitu sepucuk pistol semi auto jenis glock dan sepucuk pistol semi auto Beretta bersama 90 hidup 9mm beserta sebutir bom tangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti lebih berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960. Tangkapan turut disiasat mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan kerana menganggotai sebuah kumpulan jenayah terancang.

“Mereka kini ditahan reman mengikut Seksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) selama (28) hari mulai 24 Mei 2022 hingga 21 Jun ini,” katanya dalam sidang media hari ini.

Sementara itu, Mohd Shuhaily turut memaklumkan kejayaan membenteras kumpulan Along yang menjalankan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen dalam satu operasi pada 24 Mei lalu.

“Kumpulan ini dipercayai turut terlibat dalam kejadian jenayah khianat simbah cat, khianat dengan api dan ugutan jenayah di sekitar Pulau Pinang.

“Bertindak atas maklumat, beberapa serbuan dalam “Op Cantas Khas” ini telah dilakukan dan berjaya menangkap seramai sembilan suspek yang dipercayai dari sindiket Along tempatan yang bergiat aktif di Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata, seorang daripada yang ditahan dipercayai ketua sindiket yang berusia 28 tahun dan mempunyai dua rekod jenayah lampau. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here