Panglima ATM ke-11 meninggal dunia

0
1

MANTAN Panglima Angkatan Tentera Ke-11, Jeneral Tan Sri Dr Abdul Rahman Abdul Hamid (Bersara), telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi.

Allahyarham yang berusia 83 tahun meninggal dunia di 95 Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.

Markas ATM menerusi kenyataan memaklumkan, Allahyarham yang juga mantan Panglima Tentera Darat ke-12 dimasukkan ke 95 HAT Tuanku Mizan akibat jangkitan kuman pada paru-paru sejak 25 Mei lalu.

Menurutnya, jenazah Allahyarham disempurnakan di Masjid Khalid Al Walid, Kementerian Pertahanan dan dibawa ke Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Sungai Besi untuk dikebumikan, jam 2.30 petang ini.

“Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM dan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah serta seluruh warga ATM menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham.

“Serta menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here