Cadangan pindaan RUU Anti Lompat Parti telah dimaklumkan kepada Kabinet 

0
1
Wan Junaidi Tuanku Jaafar

CADANGAN pindaan Perlembagaan berhubung larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti telah dimaklumkan kepada Jemaah Menteri semalam. 

Ketika mengesahkannya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun telah memberi penjelasan berkaitan pindaaan perlembagaan. 

Pada masa sama katanya, Jemaah Menteri tiada bantahan terhadap draf yang dicadangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. 

“Bagaimanapun Jemaah Menteri membangkitkan dua perkara agar diperincikan dan diperhalusi semula oleh Jawatankuasa Pilihan Khas. 

“Saya menekankan mengikut Peraturan 85 Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, maklumat berhubung Jawatankuasa Pilihan Khas tidak boleh didedahkan kepada umum. 

“Ini kerana ia masih dalam perbincangan di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Wan Junaidi menambah, persoalan dibangkitkan Jemaah Menteri akan dibawa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada 7 Jun ini untuk diteliti, seterusnya memuktamadkan RUU tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here