Zainal Abidin kembali bimbing Penang PC 

0
1

BEKAS pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan kembali membimbing skuad Penang FC dalam saingan Liga Malaysia musim ini. 

Perkara itu disahkan Penang FC menerusi kenyataan di laman Facebook kelab itu hari ini. 

Zainal pernah mengemudi pasukan Pulau Pinang pada tahun 2017-18 sebelum menyertai Melaka United sehingga musim lalu. 

Pengendali berusia 61 tahun itu menggantikan jurulatih dari Republik Czech, omas Trucha yang ditamatkan kontraknya lebih awal, pada awal bulan lalu. 

“Zainal sekali lagi diberi kepercayaan dalam menggalas tugas yang amat berat sebagai Ketua Jurulatih Penang FC yang terkini untuk mencetuskan kebangkitan semula pasukan. 

“Sama-samalah kita mendoakan segala daya kemudahan dan pencapaian hasil memberangsangkan seperti mana yang diharap-harapkan semua penyokong Penang FC,” kata hantaran itu. 

Menurut Penang PC, kepercayaan yang diberikan bukan semata-mata atas ciri-ciri jenis dan corak permainan, taktikal dan kecergasan, malah segala faktor luar dan dalam padang. 

“Dalam meraikan mutu pengadilan yang luhur dan adil serta bijaksana dalam setiap perlawanan melibatkan Penang FC, Zainal juga diharap dapat mengekalkan hubungan mesra dengan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran sukan rakyat yang paling berprestij ini. 

“Selebihnya, sama-samalah kita doakan yang terbaik kerana sesungguhnya Tuhan itu maha mendengar dan maha tahu apa yang paling baik untuk kita semua,” kata kelab itu lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here