PRU15 sesuai diadakan lepas tamat penggal Parlimen – Mohd Amar 

0
1
Datuk Mohd Amar Abdullah

PAS berpendirian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sesuai diadakan selepas tamat penggal Parlimen ke-14 yang berakhir Jun tahun depan. 

Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seharusnya diberikan masa untuk memulihkan negara kesan dari pandemik Covid-19. 

“Kalau tanya pandangan kita, PAS sendiri dan saya secara peribadi, lebih suka kalau tunggu habis penggal. Ada lebih kurang setahun saja lagi. 

“Kalau empat tahun boleh tunggu, kenapa setahun tak boleh tunggu? Tunggulah. Saya rasa kita wajar beri ruang kepada PM sebab dia baru ambil alih, dia tentu ada perancangan yang hendak dimajukan. 

“Untuk negara, untuk atasi masalah ekonomi kesan pandemik dan untuk membuktikan dirinya. Kalau kita buat pilihan raya sekarang, dia tak ada masa hendak buktikan kemampuan dia,” katanya seperti dilapor Astro Awani. 

Mohd Amar berkata demikian pada majlis perasmian Stesen Mek Awe Panchor, di Kota Bharu semalam. 

Katanya, Ismail Sabri seharusnya diberikan ruang untuk mentadbir negara dan pada masa dapat membuktikan kemampuannya dalam merangka agenda negara. 

Mengulas mengenai peletakan jawatan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi baru-baru ini, Mohd Amar berkata, terpulang kepada Perdana Menteri untuk menerima atau menolaknya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here