SEEKOR Gajah jantan yang memasuki Kampung Sungai Ram, Kuala Krai, Kelantan, berjaya ditangkap pada 28 Mei lalu.
Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia (Perhilitan) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan penangkapan itu dilakukan oleh Jabatan Perhilitan daerah Kuala Krai.
“Operasi tersebut telah dijalankan bagi memastikan keselamatan penduduk kampung kerana gajah itu tidak bergerak keluar dari kawasan kampung apabila dihalau oleh pihak Jabatan PERHILITAN,” katanya.
Susulan kejayaan tangkapan itu, PERHILITAN berkata, penduduk turut meluahkan perasaan lega mereka.
Menurut Jabatan itu, gajah tersebut berada dalam keadaan baik dan sihat.
“Pemantauan ke atas gajah di lokasi tangkapan turut dijalankan sehingga operasi pemindahan gajah tersebut ke habitat yang sesuai selesai dijalankan,” katanya. – Malaysiapost.

