2 kanak-kanak dikhuatiri lemas dibawa arus deras

0
2

DUA kanak-kanak dari Rumah Panjang Ekaw dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang dibawa arus deras Sungai Semawang, Kapit, Sarawak, hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.42 petang.

“Berdasarkan maklumat pengadu, panggilan kecemasan itu dibuat selepas kira-kira 30 minit kedua-dua mangsa hilang dibawa arus deras.

“Insiden dikatakan berlaku ketika kanak-kanak perempuan, Chelsea Charity Darrie Ricky, 10, dan kanak-kanak lelaki, Damien Dashlley Sedan Donny, 9, bermandi-manda bersama keluarga mereka di tebing sungai,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan itu, beliau berkata, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit bergegas ke lokasi.

“Komander operasi melaporkan pencarian awal dilakukan bersama penduduk kampung.

“Bagaimanapun, keadaan cuaca gelap menyebabkan operasi terpaksa ditangguhkan pada jam 7.05 malam,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here