Hentikan cubaan lengahkan RUU Anti Lompat Parti

0
2

SEBARANG usaha untuk cuba menggagalkan atau melengahkan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti ketika ini perlu dihentikan.

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menegaskan RUU tersebut perlu dilaksnakan segera tanpa mengira perbezaan pandangan dan fahaman politik.

Ini kerana katanya, sehingga kini masih ada wakil rakyat yang melompat parti dengan terbaharu melibatkan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.

“Pelaksanaan RUU ini penting kerana masih ada wakil rakyat yang bertindak melompat parti,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Shahril turut bersetuju dengan gesaan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar RUU tersebut segera digubal bagi mengelak perbuatan melompat parti terus berlaku.

Baru-baru ini, Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi mengumumkan keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Ia kali kedua Zuraida melompat parti setelah meninggalkan PKR dan menyertai Bersatu pada awal 2020. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here