AKIBAT mudah percaya dengan kisah viral, seorang wanita kesal apabila dia dan keluarganya nyaris menjamah ‘sup tahi’ lembu.
Pelanggan wanita itu berkongsi luahan hatinya di Facebook yang mendakwa kejadian malang tersebut bermula apabila dia mengesan bau busuk ketika mahu memanaskan hidangan berkenaan di rumahnya.
“Taubat dah tak nak makan sup perut macam ni,” luahnya di Facebook.
Tambah menjijikkan, dia menemui bahan aneh berwarna hijau didakwa najis di dalam ketulan perut lembu berkenaan.
“Beli sup perut dengan harga RM20. Kononnya kedai tu ramai orang kata sedap. Jadi kita pun terliur try lah beli.
“Beli bungkus nak makan kat rumah. Time nak panaskan sup tu bau busuk. Tengok ada dua ketul perut bulat penuh tahi,” katanya.
Wanita itu menjelaskan, dia telah hubungi peniaga sup perut berkenaan, namun mereka menafikannya.
“Call peniaga dia kata tu lemak dalam perut. Macamlah kita ni tak pandai beza lemak dengan tahi,” katanya.
Pelanggan itu turut berkongsi beberapa foto sup perut berkenaan sehingga ia dihujani dengan pelbagai komen netizen.
Tinjauan di ruangan komen rata-rata netizen berasa geli melihat foto tersebut, malah menggesa peniaga agar lebih peka soal kebersihan.
“Begitulah orang jual sup perut dia pun nak jual juga. Kalau tak pandai, tanya orang. Aniaya pembeli, najis kot.
“Pergi balik ke kedai tu, tunjukkan depan matanya, lemak ke tahi? Suruh dia rasa.
“Tu tahi lembu. Lemak bukan begitu. Hantar balik dekat kedai tu.
“Rumput tu, belum proses jadi tahi. Kira macam herba la tu,” tulis netizen. – Malaysiapost

