Tanam pokok ganja: Reman anak bekas diplomat dilanjut 5 hari

0
1

MAHKAMAH Majistret Bentong hari ini membenarkan tempoh reman terhadap anak lelaki bekas diplomat dilanjutkan lima hari lagi sehingga 4 Jun ini.

Lanjutan tempoh reman itu bagi membantu siasatan terhadap dakwaan mengusahakan 102 pokok ganja di rumah bapanya di Janda Baik, Pahang.

Ia selepas permohonan lanjutan reman tujuh hari terhadap bekas diplomat itu ditolak dua hari lalu, lapor MalaysiaKini.

Peguam suspek, Rahmat Hazlan mengesahkan Majistret Shahrul Ekhsan Hasim membenarkan permohonan lanjutan reman yang dibuat polis terhadap anak guamnya.

“Majistret benarkan lanjutan reman selama lima hari sehingga 4 Jun,” katanya.

Berhubung sama ada dua beranak itu akan dibawa ke mahkamah untuk berdepan pertuduhan dadah atau tidak, Rahmat berkata pihaknya belum pasti buat masa ini.

Dalam kenyataan ringkas sebelum ini, peguam itu berkata majistret “berpuas hati bahawa tiada bukti untuk melibatkan (bekas duta) dengan sebarang kesalahan”.

Bekas diplomat berusia 78 tahun yang bergelar Datuk itu ditahan ketika serbuan polis di rumahnya pada 21 Mei lalu.

Dalam serbuan itu, polis menemui 102 batang pokok ganja yang ditanam di sekeliling kediaman selain bekas berisi cecair dipercayai minyak ganja selain daun ganja yang sudah dikeringkan

Ia merupakan rampasan pokok ganja terbesar di dalam sejarah narkotik negara memandangkan sebelum ini kebanyakan kes hanya melibatkan pokok yang ditanam di dalam pasu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 6B dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here