Kanak-kanak 3 tahun dikhuatiri lemas selepas hilang di rumah rakit

0
1

SEORANG kanak-kanak berusia tiga tahun lemas apabila didapati hilang dari sebuah rumah rakit di Bukit Rangin, Kuantan awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, berkata bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kehilangan kanak-kanak terbabit pada jam 3.23 pagi.

“Sepasukan Bomba dari Balai Bomba Indera Mahkota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 03:23 pagi tadi.

“Kanak-kanak tersebut dipercayai terjatuh ke dalam sungai dan operasi tertumpu pencarian di sekitar rumah rakit dan kawasan sungai berdekatan menggunakan bot,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Komander operasi Roslan Mat Din bertindak memohon bantuan Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PDPA) dan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi membantu operasi pada pagi ini.

“Mangsa masih belum ditemui dan info lanjut akan dikemaskini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here