Intan Najuwa masuk hospital akibat gastrik

0
1

PELAKON Intan Najuwa terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan hari ini selepas tiga hari diserang penyakit gastritis atau gastrik.

Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid memaklumkan degupan jantungnya turut menjadi laju akibat gastrik teruk yang dialaminya.

Menurut pelakon berusia 25 tahun itu, dia berkemungkinan diserang penyakit gastrik itu disebabkan tekanan selain pengambilan kafein berlebihan.

“Sekali lagi dan sekali lagi. Saya tak mampu nak lakukan ini lagi. Sudah tiga hari. Saya diserang sakit gastrik yang sangat teruk dan jantung berdebar-debar.

“Ia disebabkan tekanan dan terlalu banyak kafein,” katanya.

Pelakon drama siri Tak Sempurna Mencintaimu itu berkongsi keadaan dirinya menerusi laman Instastory miliknya, hari ini.

Intan juga tidak menolak kesibukan bekerja sambil belajar menyebabkan tahap kesihatannya terganggu.

“Mungkin juga disebabkan terlalu banyak bekerja, belajar, terus tumbang macam ini,” katanya.

Sebelum ini, Intan pernah dimasukkan ke wad di sebuah hospital untuk beberapa hari selepas mengalami tekanan darah rendah dan rehidrasi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here