Hamzah ‘sound’ Ahmad Maslan, jangan rasa besar sangat. 

0
1

BERSATU bukanlah parti yang semakin lemah, sebaliknya parti itu merupakan parti yang kuat. 

Perkara itu ditegaskan oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang berkata, Bersatu merupakan parti yang kuat ketika ini dan mempunyai wakil dalam barisan Kabinet.

Beliau turut menafikan dakwaan yang menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin yang mengambil keputusan keluar daripada parti menunjukkan bahawa Bersatu lemah.

Diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan yang mendakwa Bersatu semakin lemah, Hamzah menegaskan bahawa keputusan individu yang keluar tidak ada kena mengena dengan parti.

Malah Ahli Parlimen Larut itu meminta agar Ahli Parlimen Pontian berkenaan untuk tidak cuba membuat kenyataan yang bersifat ‘mengadu domba’ atau bercakap besar.

“Jangan cuba nak mengadu domba kerana Yang Amat Berhormat menjadi perdana menteri. Itu kedudukan jumlah yang ada dengan beliau, hanya sedikit saja.

“Yang lain-lain itu daripada parti-parti lain. Saya nak mengingatkan kepada Ahmad Maslan, jangan rasa besar sangat,” katanya kepada media di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS di Stadium Indera Mulia Ipoh, hari ini. 

Semalam, Ahmad Maslan menyifatkan tindakan Zuraida meninggalkan Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), menunjukkan parti di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu semakin lemah.

Selain itu beliau berkata Rang Undang-undang Antilompat Parti perlu dibentangkan di Parlimen pada Julai ini biarpun tiada Sidang Dewan Khas.

Kelmarin, Zuraida mengumumkan keluar dari Bersatu dan melompat ke PBM. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here