Zuraida jumpa Nor Anizan di Istanbul

0
2

MENTERI Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin dalam lawatannya ke Istanbul, Turki menunaikan janji bertemu Nor Anizan Zainuddin, anak jati Ampang yang menyertai kejohanan anjuran sebuah kelab tertua di negara itu.

Dalam hantaran Facebook, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata Nor Anizan dari Kelab Al Ikhlas, Sri Raya Ukay Perdana menyertai Kejohanan Tahunan Memanah ’10th Conquest Cup Fetih Kupasi’ anjuran kelab bernama Okçular Vakfi.

Katanya, sebagai penaung Foundation Of Women Community In Sports Malaysia (FOWCUS), beliau amat tertarik dengan kejohanan tersebut dan berharap peserta memperoleh kemenangan.

“Sebagai penaung FOWCUS saya amat tertarik dengan seni memanah tradisional lama yang diperjuangkan diikuti syarat khas penyertaan iaitu perlu memakai busana tradisional negara masing-masing ketika kejohanan.

“Selamat maju jaya buat pemain pemanah yang lain dan semoga peroleh kemenangan mengharumkan nama negara dipersada dunia,” katanya.

Terdahulu, Zuraida dalam lawatannya ke Turki bagi memenuhi undangan memberi ucapan dalam majlis pembukaan Persidangan Perintis Ketujuh Gabungan Wanita Global untul Al-Quds dan Palestin.

Persidangan selama tiga hari itu akan bermula hari ini.

Katanya, beliau dijadualkan memberi ucaptama bagi mewakili rantau Asia-Pasifik bersama panel negara-negara lain seperti Palestin, India, Afrika dan juga Asia Tengah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here