Covid-19: 3 kematian baharu, tiada kes BID semalam

0
2
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia membaca doa selepas selesai pengebumian jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 35,656 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, tiada kematian dilaporkan di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Pada masa sama, sebanyak 25,189 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Selain itu, seramai 24,089 individu atau 95.6 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 17 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,056 kes pula dirawat di hospital dan 27 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) yang mana sembilan pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 18 lagi memerlukan mesin ventilator. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here