Pemenang pingat Sukan SEA terima kenaikan elaun

0
2

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) sekali lagi menegaskan pemenang pingat perak dan gangsa Sukan SEA serta Sukan Para Asean akan menerima kenaikan kadar elaun bulanan.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, perkara itu telah diumumkannya pada Januari lalu sebagai imbuhan atas pencapaian kesemua atlet negara dalam temasya sukan tersebut.

“Kadar elaun bulanan atlet pemenang pingat emas ialah RM2,000, perak menikmati kenaikan elaun daripada RM800 kepada RM1,500, manakala gangsa pula dari RM800 kepada RM1,000 sebulan.

“Syabas sekali lagi saya ucapkan kepada wira dan wirawati negara yang telah berjaya mengharumkan nama negara di Temasya Sukan SEA Vietnam 2021,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Kadar elaun bulanan atlet pemenang pingat.

Bagaimanapun beliau menegaskan, apa yang paling dituntut daripada atlet semua ketika ini ialah sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa.

“Misi kita seterusnya adalah untuk persiapan ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 pada Julai ini. Teruskan latihan dan terus berjuang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here