Jangan layan desakan, tekanan pengeksport ayam – Asyraf Wajdi

0
3

KERAJAAN khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mesti tegas melaksanakan larangan mengeksport ayam bermula 1 Jun ini.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, larangan mengeksport 3.6 juta ayam sebulan ke luar negara sudah tentu mampu menstabilkan kembali harga ayam semasa.

Pada masa sama katanya, ia juga dapat menampung kekurangan bekalan ayam yang kritikal ketika ini.

“Jangan sesekali akur dengan desakan dan tekanan para pengeksport ayam demi kepentingan dan maslahah rakyat tempatan yang harus diutamakan.

“Pemain industri ayam hakikatnya masih mendapat manfaat daripada pasaran tempatan, yang menghadapi masalah kekurangan berterusan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanti Linggi semalam yang menyatakan pemain industri meluah rasa kecewa dengan keputusan kerajaan menghentikan eksport ayam.

Alexander berkata, beliau telah dihubungi oleh pemain industri yang mempersoal keputusan tersebut.

Bagaimanapun menurutnya, pemain industri sepatutnya boleh menjangka langkah drastik itu akan diambil kerajaan ekoran desakan ketiadaan bekalan ayam yang mencukupi di pasaran. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here