Negara perlu transformasi digital seiring negara maju – Tengku Zafrul

0
1

MALAYSIA memerlukan transformasi digital yang inklusif untuk mencapai ekonomi digital yang berdaya saing dan progresif seiring dengan negara maju yang lain.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata semasa dunia dilanda wabak Covid-19, pengguna internet meningkat sebanyak lebih 10 peratus dalam masa satu tahun.

“Ekonomi digital rantau ASEAN kini bernilai lebih USD100 bilion,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, beliau menghadiri forum ‘A Digital ASEAN for All’ sempena hari pertama World Economic Forum (WEF), semalam.

Tengku Zafrul berkata, beliau berbesar hati kerana berpeluang berkongsi pendapat serta idea mengenai masa depan komuniti digital ASEAN di sesi perbincangan berkenaan bersama beberapa tokoh korporat serta rakan sejawat dari negara Asia Tenggara.

“Topik utama yang dibincangkan adalah bagaimana masa depan digital rantau ini boleh dibentuk untuk memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

“Bukan itu sahaja, saya juga berpeluang untuk berkongsi kejayaan Malaysia mengenai inisiatif dalam merapatkan jurang pembiayaan untuk PMKS dan juga ekonomi tidak formal.

“Pada masa yang sama, para peserta yang lain juga telah berkongsi pengalaman serta usaha mereka di negara masing-masing,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, beliau yakin dengan inisiatif kerajaan seperti pelaksanaan pelan hala tuju pendigitalan PMKS, negara akan terus berkembang maju melalui peningkatan sumbangan komuniti perniagaan ini kepada ekonomi negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here