Ladang tutup sementara bukan punca bekalan ayam kurang – Mafi

0
1

KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) menafikan dakwaan penutupan sementara beberapa ladang ternakan pada hujung minggu lalu, berpunca akibat kekurangan bekalan ayam di pasaran.

Ia susulan laporan berhubung “kartel ayam” yang menghentikan operasi pada 21 dan 22 Mei serta penjual yang menimbang untuk mogok kerana dakwaan penangguhan pengagihan subsidi kerajaan.

Mafi menerusi kenyataan hari ini berkata pemeriksaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mendapati laporan itu kurang tepat.

“Syarikat ladang ayam terbabit telah memberi jaminan bahawa ladang-ladang mereka akan terus membekalkan ayam untuk keperluan pasaran tempatan, khususnya ayam diproses sama ada dalam bentuk ayam bulat, ayam ‘super’, ayam ‘standard’ serta keratan ayam.

“Pemeriksaan JPV juga mendapati kebanyakan ladang ayam bersedia untuk membekalkan ayam,” kata kementerian itu.

Mafi bagaimanapun mengakui tidak dinafikan terdapat ladang ayam berdepan masalah kenaikan berat badan ayam akibat mutu dedak, jangkitan penyakit serta cuaca panas melampau yang mengganggu pembesaran ayam.

“Ini telah memberi kesan kepada bekalan ayam di kawasan-kawasan tertentu,” katanya lagi.

Mafi juga menjelaskan penilaian pemberian subsidi ayam kepada penternak yang membuat permohonan akan disegerakan dan permohonan yang diluluskan akan memperoleh dalam tempoh dijanjikan.

“Mafi akan terus mengadakan perjumpaan dan libat urus dengan semua pihak industri yang terlibat langsung dalam rantaian pengeluaran bekalan ayam bagi memastikan kelangsungan pengeluaran bekalan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here